Followers

RSS

BAB 4 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

STRES

KONSEP
Pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini.
(Kyriacou, 2000)


Bebanan mental dan fizikal. Hal ini perlu ditangani kerana ianya melibatkan kesihatan mental individu.
(Soluf, 1999)


Satu penyakit yang menyerang fizikal dan mental. Kesihatan mental yang dimaksudkan ialah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat masyarakat.
(Kementerian Malaysia: Kempen Cara Hidup Sihat, 2000)

JENIS-JENIS STRES
Here and Now
Stress Anticipitation
Stress Imaginatif
Stress Reaktif
Stress Negatif

PUNCA-PUNCA STRES
Menurut Dunham & Varma (1998)...
Mengajar murid yang kurang bermotivasi
Mengawal disiplin bilik darjah dan sekolah
Tekanan masa dan beban kerja
Menangani perubahan
Dinilai oleh pihak lain
Mempunyai kaitan kerja dengan rakan lain
Konsep kendiri dan status
Pihak pentadbiran dan pengurusan
Konflik peranan dan tidak jelas
Persekitaran kerja yang tidak kondusif

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM STRES
Kognitif
masalah ingatan, kurang memberi tumpuan, membuat penilaian yang tidak tepat, kerap bimbang, berpandangan negatif
Emosional
tanda-tanda muram, cepat marah, tidak boleh relaks, rasa hendak menangis, rasa sunyi, murung atau sedih
Fizikal
sakit sendi, cirit-birit, sakit kepala, pening, sakit dada, masalah pencernaan, denyutan jantung pantas, ulser mulut, penurunan seks, kerap mendapat selsema
Tingkah Laku
makan lebih atau kurang, tidur terlalu banyak atau kurang, menyendiri, menangguh atau mengabaikan tanggungjawab, merokok, minum arak, mengambil dadah, resah, menggigit kuku, mundar-mandir

KESAN STRES
Jika stres berpanjangan, kemungkinan besar kes kronik seperti tekanan darah akan meningkat. Risiko lain ialah strok, serangan jantung, masalah tidak dapat tidur, bimbang dan murung. Tahap stres adalah berbeza mengikut individu tertentu.

LANGKAH MENANGANI STRES
Guru perlu belajar mengatakan tidak dalam kehidupan peribadi atau profesional.
Mengelakkan diri daripada individu yang menyebabkan stres.
Kongsi masalah atau meluahkan dengan orang yang boleh dipercayai.
Melibatkan diri dengan forum atau perbincangan.
Banyakkan membaca.
Teknik yoga dan pernafasan mendalam untuk meregangkan otot-otot.
Mengelakkan diri mencapai tugas yang terlalu banyak dalam kehidupan seharian.


BURNOUT

KONSEP
Satu keadaan di mana berlakunya daya fizikal, emosi dan mental disebabkan oleh penglibatan jangka panjang dalam tekanan emosi.
(Pines & Aronson, 1988)


Ketandusan daya emosi, ketandusan daya fizikal, penurunan sikap dan perasaan kurang pencapaian dalam kerjaya.
(Greenberg & Baron, 1997)


Satu keadaan yang disebabkan oleh dipersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin menurun.
(Schwab et al, 1986)

PUNCA-PUNCA BURNOUT
Hasil daripada tugas yang dibebankan oleh guru
Gaya hidup
Personaliti guru
Tekanan kerja
Kurang pengiktirafan atas tugas atau kerja yang baik

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM BURNOUT
Fizikal
Rasa keletihan sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot.
Emosi
Rasa kegagalan dan keraguan kendiri, kurang bermotivasi, tidak berupaya/bermaya, kurang berpuas hati, asingkan diri, imej negatif dan sinis.
Tingkah Laku
Mengundur diri dari tanggungjawab, asingkan diri daripada orang lain, menangguh tugas dan mengambil masa yang lama untuk siapkan, menggunakan bahan alkohol atau ubat untuk selesaikan masalah, mengalihkan kekecewaan kepada orang lain, mengabaikan tugas, datang bertugas lewat tetapi balik awal.

LANGKAH MENANGANI BURNOUT
Latihan atau sesi pengenduran dilaksanakan untuk peserta meregangkan badan, membuat meditasi, membaca sesuatu yang memberikan inspirasi atau menulis jurnal.
Bengkel pengurusan masa.
Program pementoran untuk guru novis.
Bengkel pengurusan stres.
Aktiviti perkembangan profesional guru.
Latihan rekreasi.
Latihan pemakanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment