Followers

RSS

SEKOLAH WAWASAN

SEKOLAH WAWASAN

Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).
pelajar
Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan
  1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang
  2. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
  3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
  4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah 
Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :
  • Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
  • Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
  • Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
  • Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
  • Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak
Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAB 6 : PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

BAB 6 : PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAB 4 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

STRES

KONSEP
Pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini.
(Kyriacou, 2000)


Bebanan mental dan fizikal. Hal ini perlu ditangani kerana ianya melibatkan kesihatan mental individu.
(Soluf, 1999)


Satu penyakit yang menyerang fizikal dan mental. Kesihatan mental yang dimaksudkan ialah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat masyarakat.
(Kementerian Malaysia: Kempen Cara Hidup Sihat, 2000)

JENIS-JENIS STRES
Here and Now
Stress Anticipitation
Stress Imaginatif
Stress Reaktif
Stress Negatif

PUNCA-PUNCA STRES
Menurut Dunham & Varma (1998)...
Mengajar murid yang kurang bermotivasi
Mengawal disiplin bilik darjah dan sekolah
Tekanan masa dan beban kerja
Menangani perubahan
Dinilai oleh pihak lain
Mempunyai kaitan kerja dengan rakan lain
Konsep kendiri dan status
Pihak pentadbiran dan pengurusan
Konflik peranan dan tidak jelas
Persekitaran kerja yang tidak kondusif

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM STRES
Kognitif
masalah ingatan, kurang memberi tumpuan, membuat penilaian yang tidak tepat, kerap bimbang, berpandangan negatif
Emosional
tanda-tanda muram, cepat marah, tidak boleh relaks, rasa hendak menangis, rasa sunyi, murung atau sedih
Fizikal
sakit sendi, cirit-birit, sakit kepala, pening, sakit dada, masalah pencernaan, denyutan jantung pantas, ulser mulut, penurunan seks, kerap mendapat selsema
Tingkah Laku
makan lebih atau kurang, tidur terlalu banyak atau kurang, menyendiri, menangguh atau mengabaikan tanggungjawab, merokok, minum arak, mengambil dadah, resah, menggigit kuku, mundar-mandir

KESAN STRES
Jika stres berpanjangan, kemungkinan besar kes kronik seperti tekanan darah akan meningkat. Risiko lain ialah strok, serangan jantung, masalah tidak dapat tidur, bimbang dan murung. Tahap stres adalah berbeza mengikut individu tertentu.

LANGKAH MENANGANI STRES
Guru perlu belajar mengatakan tidak dalam kehidupan peribadi atau profesional.
Mengelakkan diri daripada individu yang menyebabkan stres.
Kongsi masalah atau meluahkan dengan orang yang boleh dipercayai.
Melibatkan diri dengan forum atau perbincangan.
Banyakkan membaca.
Teknik yoga dan pernafasan mendalam untuk meregangkan otot-otot.
Mengelakkan diri mencapai tugas yang terlalu banyak dalam kehidupan seharian.


BURNOUT

KONSEP
Satu keadaan di mana berlakunya daya fizikal, emosi dan mental disebabkan oleh penglibatan jangka panjang dalam tekanan emosi.
(Pines & Aronson, 1988)


Ketandusan daya emosi, ketandusan daya fizikal, penurunan sikap dan perasaan kurang pencapaian dalam kerjaya.
(Greenberg & Baron, 1997)


Satu keadaan yang disebabkan oleh dipersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin menurun.
(Schwab et al, 1986)

PUNCA-PUNCA BURNOUT
Hasil daripada tugas yang dibebankan oleh guru
Gaya hidup
Personaliti guru
Tekanan kerja
Kurang pengiktirafan atas tugas atau kerja yang baik

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM BURNOUT
Fizikal
Rasa keletihan sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot.
Emosi
Rasa kegagalan dan keraguan kendiri, kurang bermotivasi, tidak berupaya/bermaya, kurang berpuas hati, asingkan diri, imej negatif dan sinis.
Tingkah Laku
Mengundur diri dari tanggungjawab, asingkan diri daripada orang lain, menangguh tugas dan mengambil masa yang lama untuk siapkan, menggunakan bahan alkohol atau ubat untuk selesaikan masalah, mengalihkan kekecewaan kepada orang lain, mengabaikan tugas, datang bertugas lewat tetapi balik awal.

LANGKAH MENANGANI BURNOUT
Latihan atau sesi pengenduran dilaksanakan untuk peserta meregangkan badan, membuat meditasi, membaca sesuatu yang memberikan inspirasi atau menulis jurnal.
Bengkel pengurusan masa.
Program pementoran untuk guru novis.
Bengkel pengurusan stres.
Aktiviti perkembangan profesional guru.
Latihan rekreasi.
Latihan pemakanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

BAB 1 : Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa
1) Pengenalan;
· usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar.
· penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif)
· pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan.
· Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum.
· memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara
· pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan.
2) INTEGRASI NASIONAL;
· Akibat keretakan integrasi nasional
· Perbezaan budaya dan agama
· Ketidakpuasan hati
· Kedudukan Geografi
3) Cabaran mewujudkan satu sistem sosial;
· Agama dan kebudayaan
· Dasar Penjajah British
· Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan
· Amalan ekonomi yang berlainan
· Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik
4) Halangan Integrasi Nasional;
· Perbezaan budaya dan agama
· Dasar Penjajahan
· Sistem Pendidikan
· Amalan Ekonomi
· Perbezaan politik
5) Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran;
· Sistem Pendidikan Kebangsaan
· Agenda Memperkasakan SK
· Penerapan Nilai
· Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
· Konsep Sekolah Wawasan
· Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum
· Perkasakan bahasa Kebangsaan
· Pemantapan Aktiviti
· Pupuk Kefahaman
· Dasar Pelajaran kebangsaan
§ menggunakan sukatan pelajaran,
§ buku teks, peperiksaan,
§ pakaian seragam,
§ sistem latihan guru dan
§ bahasa penghantar yang sama
6) Usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan;
· melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan
· menjadikan agenda memperkasakan SK
· menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian.
· memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraanpada tahun 2003
· memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan
· melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara berterusan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
7) Pupuk Integrasi Nasional Melalui RIMUP;
· Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik
· Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan
· Modul Aktiviti Kokurikulum
· Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat
· Modul Aktiviti Meningkatkan Patriotisme
8) Tindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi Nasional;
· Sekolah sebagai alat perpaduan
· Sistem persekolahan yang sama
· Penggunaan Bahasa Melayu
· Pendedahan kepada nilai
· Seminar/forum
9) Penglibatan Komuniti Setempat Untuk Pupuk Integrasi Nasional;
· Program Permuafakatan Masyarakat
· Hari Keluarga
· Acara Kebudayaan
· Sambutan Perayaan
· Aktiviti Kokurikulum
· Bulan Kemerdekaan
· Lawatan ziarah
· Bina Insan
10) Melalui aktiviti yang dijalankan tersebut, secara keseluruhannya diharapkan akan dapat mencapai objektif seperti yang berikut;
· meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia.
· menimbulkan rasa hormat terhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum.
· menanamkan kesedaran bahawa unsur kebudayaan adalah penting untuk menyemarakkan suasana harmoni dan semangat toleransi antara kaum.
· menyemai dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara pelajar berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam.
11) PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN;
· Semua dapat hak yang sama
· Sekolah dapat kemudahan yang sama
· Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan
· Sekolah satu aliran
· Amalan kehidupan
· Peluang pendidikan yang sama
· Persamaan hak
· Peluang yang luas
· Pembangunan sumber manusia
12) Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan;
· Basmi buta huruf
· Pendidikan universal
· Penyediaan infrastruktur
· Guru terlatih yang mencukupi
· Pra sekolah untuk semua
13) Strategi pelaburan dalam bidang pendidikan
· Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang dewasa sesuai dengan sumber yang ada. Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan formal dan tidak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan.
· Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial,peluang pendidikan perlu disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status sosioekonomi.
· Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan dalaman dalam pengurusan.
· pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan.
· Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain.
14) Rumusannya: Tumpuan Bank Dunia Dalam Pendidikan
· Pendidikan asas
· Pendidikan wajib untuk semua
· Kecekapan dalam pengurusan
· Pengagihan sumber
· Keperluan dengan pasaran kerja
15) Pendidikan Negara
· Pelbagai peringkat
· Kurikulum yang sama
· Penubuhan sekolah agama rakyat
· Peningkatan bilangan pelajar ke universiti
· Pendidikan swasta
· Pendidikan untuk semua
· Pengagihan sumber kewangan
· Pendidikan sawarjagat
· Pertambahan guru dan bilangan kelas
· Pendidikan Bertaraf Dunia
· Pendidikan berterusan
· Pendemokrasian pendidikan
· Pendidikan berkualiti
16) TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO;
· Tonggak Pendidikan UNESCO adalah berdasarkan kepada;
§ pelajar belajar untuk tahu
§ belajar untuk membuat
§ belajar untuk menjadi apa
§ belajar untuk hidup bersama
17) Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO;
· Pengurus punyai kuasa autonomi
· Memperkasakan kapasiti
· Struktur terurus
· Ukuran prestasi
· Pemantauan prestasi
· Kawalan sumber
· ketelusan
18) Menurut laporan Unesco (2005), kuasa autonomi bagi menguruskan perjalanan sekolah secara keseluruhannya;
· pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya.
· sekolah perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya.
· sekolah memerlukan struktur yang terurus dan professional.
· kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari segi pemantauan prestasi sekolah.
· sekolah perlu mengawal sumber-sumber.
· pengurusan sekolah mesti telus.
19) Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO;
· Memenuhi keperluan pembelajaran asas
· Membentuk wawasan
· Akses kepada universal
· Focus terhadap pembelajaran
· Perluaskan skop
· Penambahbaikan persekitaran
· Perkukuhkan perkongsian
· Pembangunan dasar
· gerakkan sumber
· perpaduan antarabangsa
20) Dasar KPM dan kaitannya dengan Tonggak Pendidikan UNESCO;
· Perkembangkan potensi individu
· Tingkatkan kreativiti
· Sistem pendidikan yang cekap
· Pusat kecemerlangan pendidikan
· Tingkatkan martabat pendidikan
21) Tujuan KPM untuk membentuk pembangunan insan yang seimbang adalah seperti yang berikut;
· Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
· Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar.
· Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat.
· Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia.
· Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
· Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.
22) Pembangunan Modal Insan KPM;
· Perkembangkan potensi
· Punyai pelbagai kemahiran
· Bentuk peribadi
· Kemahiran berkomunikasi
· Kemahiran ICT
· Pembelajaran sepanjang hayat
· Nilai yang tinggi
23) Cabaran KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysiadengan seluas-luas peluang dengan cara;
· memperkembangkan potensi diri bagi setiap pelajar.
· melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran.
· membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
24) Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan;
· kemahiran komunikasi berkesan.
· kebolehan menggunakan ICT dengan baik.
· berfikir secara kreatif dan kritis.
· mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
· nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
25) Pendidikan Berterusan;
· Institusi diperbanyakkan
· Bekalkan kemahiran
· Memenuhi guna tenaga sumber manusia
· Ahli masyarakat yang berfungsi
· Pemahaman kritikal
· Bijak menggunakan masa lapang
· Belajar sukarela
· Sedar kepada biografi
· Merancang kerja
· Perkembangan bakat
· Bentuk konsep kendiri
26) Beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud dalam kalangan masyarakat;
· Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan.
· Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi.
· Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorangahli masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar.
· Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat dengan tujuan mencapai keadilan sosial.
· Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatifbagi memperoleh pengetahuan yang diperlukan.
· Membangunkan sikap belajar secara sukarela.
· Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografisendiri dalam hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhannya.
· Membantu orang dewasa dalam merancang kerjaya dan mencapai matlamat yang bererti.
· Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendam dan mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut.
27) Pendidikan Seumur Hidup adalah bertujuan untuk;
· Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologitinggidengan memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran.
· Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri.
· Mewujudkan program e-Latihan.
· Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan awam.
· Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa dan Pendidikan Berterusan.
· Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Berterusan.
· Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup.
28) Rumusannya; Pendidikan Seumur Hidup;
· Galakan dalam teknologi
· Pembangunan pgram latihan
· E-learning
· Persekitaran yang mesra
· Penggunaan institusi
· Kempen di peringkat kebangsaan
29) Globalisasi Dalam Pendidikan;
· Cabaran globalisasi dalam pendidikan adalah dari segi yang berikut;
· Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.
· Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum
· Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat.
· Pengurusan pendidikan.
· Pembentukan jati diri pelajar.
· Kualiti guru.
30) Perlu kepada perubahan kurikulum;
· Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah seperti yang berikut;
· Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
· Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar.
· Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
· Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.
31) Persediaan menghadapi persaingan global iaitu dari segi;
· Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat.
· Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa.
· Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian.
· Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru.
· Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.
32) Kesan Globalisasi Pendidikan;
· Pembelajaran sepanjang hayat
· Kebolehan berkomunikasi
· Kemahiran teknologi
· Kesediaan kognitif
· Warganegara bertanggungjawab
33) Cabaran Globalisasi;
· Kesediaan guru
· Kurang rasa kepunyaan
· Pertambahan beban
· Kekurangan sokongan pengurusan
· Pengurusan pendidikan
· Sikap guru
· Perbezaan tahap pengetahuan
· Perubahan yang kerap
· Penggunaan teknologi
· Pembentukan jati diri
· Budaya sekolah
· Perkembangan profesionalisme guru
34) Pembelajaran Berbantu Komputer;
· Perisian latih tubi
· Perisian tutorial
· Perisian simulasi
· Perisian permainan
· Perisian penyelesaian masalah
35) Pengurusan Maklumat Sekolah Menurut Rahmad Sukor (2006);
· Permudahkan urusan
· Tingkatkan kecekapan
· Kurangkan beban
· Jimatkan masa
· Penempatan pelajar
· Pengagihan jadual waktu guru dan pelajar
· Pengagihan sumber
· Rekod stok dan inventori
36) Perkembangan Profesionalisme Guru;
· Memimpin perubahan
· Utamakan daya pengeluaran
· Perkembangan semasa
· Perkembangan teknologi
· Perubahan inovasi
37) Cabaran membentuk Perkembangan Profesionalisme Guru;
· Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas.
· Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya.
· Sentiasa mengikuti peredaran masa.
· Memahami perkembangan teknologi.
· Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif
38) Fuller (1975) dalam kajian perkembangan profesionalisme guru mengkategorikantingkah laku guru kepada tiga tahap iaitu;
· Tumpuan Berkaitan Peribadi
· Tumpuan Berkaitan Tugas
· Tumpuan Berkaitan Kesan.
39) Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian lanjutnya telahmemurnikanklasifikasi tumpuan tersebut kepada tahap berikut;
· Tumpuan Tiada BerkaitanGuru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku di sekolah.
· Tumpuan Berkaitan Peribadi: Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya.
· Tumpuan Berkaitan TugasGuru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran.
· Tumpuan Berkaitan Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara.
40) Impak Globalisasi Kepada Perkembangan Profesionalisme Guru;
· Berdaya saing
· Hubungan sumber pendidikan
· Kemahiran berbahasa
· Komunikasi rentas budaya
· Produk dan perkhidmatan
· Keupayaan nilai antarabangsa
· Peningkatan bilangan institusi
· Penyebaran teknologi
· Cita rasa global
41) Kesan Negatif Globalisasi;
· Negara lemah ditindas
· Ketidakadilan perkongsian
· Pemantauan yang mendalam
· Permintaan pasaran tenaga kerja
· Meminggirkan bahasa melayu
· Terbuka kepada persaingan tidak sihat
· Pengkomersilan pendidikan
· Penafian pendemokrasian pendidikan
· Penghayatan ilmu terhakis
42) Kepelbagaian Budaya;
· Perlu keadilan
· Peluang pendidikan kepada semua
· Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
· Program sekolah berkembar
43) Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya adalah seperti yang berikut;
· Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan pelajar secara aktif.
· Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan pelajar.
· Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.
44) Kepelbagaian sosio budaya pelajar haruslah ditangani dengan bijak. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menjayakan isi tersebut, antaranya adalah seperti yang berikut;
· Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
· Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
· Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
· Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
· Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
· Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.
· Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
· Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.
· Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
· Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewanganlain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
· Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
· Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
· Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).
45) Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya;
· Sekolah kebangsaan sebagai peneraju
· Kelayakan pelajar jadi penentuan
· Pindaan akta
· Tingkatkan kemudahan
· Tingkatkan mutu pendidikan guru
· Peluang latihan
· Biasiswa kepada yang berkelayakan
· Kuasai pelbagai bahasa
46) Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK);
· Suasana lebih kondusif
· Mudah hasilkan bahan
· Kepelbagaian media
· Maklumat pelbagai
47) Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu;
· teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.
· memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
· proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
48) Perubahan Teknologi Maklumat;
· Kuasa penggerak
· Pelaksanaan
· Pemudahan bertindak
· Kaedah perubahan
· Permulaan perubahan
49) Implikasi TMK;
· penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampumerubah cara kerja dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan.
· menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian.
· mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya.
· kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearahberkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.
50) Komputer Dalam Pendidikan;
· Pendidikan jarak Jauh
· Reformasi dalam pendidikan
· Mudah beri maklumbalas
· Sebagai bahan pengajaran pembelajaran
· Alat komunikasi
· Memudahkan pemahaman
51) GEJALA SOSIAL;
· Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 Bahagianiaitu;
· Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian.
· Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit ‘pau’ daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng.
· Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.
52) Punca Gejala Sosial;
· Globalisasi dan modenisasi
· Keruntuhan institusi keluarga
· Media-massa
· ICT
· Kelemahan undang-undang
· Sikap remaja
· Sikap ibu bapa
53) Kesan Negatif;
· Kepada individu sendiri
· Menjejaskan negara
· Keruntuhan nilai agama
54) Tangani Gejala Sosial;
· Peranan ibu bapa
· Peruntukan undang-undang
· Pendekatan akademik
· Didikan agama
· Peranan ahli masyarakat
55) Kesimpulan;
· Antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi adalah seperti yang berikut;
· pemupukan Integrasi Nasional
· melaksanakan Pendemokrasian Pendidikan
· menjadikan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai panduan
· menghadapi Globalisasi Dalam Pendidikan dengan jayanya
· menangani Kepelbagaian Budaya dengan penuh berhemah
· menggunakan Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan sepatutnya
· berjaya mengatasi setiap Gejala Sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS